Saturday, November 20, 2010



Good bye school,

Welcome pool..


Good bye teacher,

Add new picture..


Good bye friends,

Hello geng..


Good bye books,

Online facebook..


Good bye test....

We can go to TS...

Tuesday, November 16, 2010

Kerana Aku Sayang Kamu

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
kerana sayangku kepadamu
maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yg gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

-Faris-

Jika , Jika , Jika (Tlg Bce)

Jika kamu memancing ikan....
 Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
 Janganlah sesekali kamu lepaskan ia ke dalam air begitu saja....
Karena ia akan sakit oleh karena bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
 Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya....
 Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
 Karena dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatmu....

 Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
 Akhirnya ia dibuang....
 Sedangkan jika kamu coba membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya
 Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
 Anggaplah dia manusia biasa.
 Apabila sekali dia melakukan kekhilafan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
 Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu.
 Mengenyangkan. Berkhasiat.
 Mengapa kamu berlengah, coba mencari makanan yang lain..
 Terlalu ingin mengejar kelezatan.
 Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
 Kamu akan menyesal.

 Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
 Menyayangimu. Mengasihimu.
 Mengapa kamu berlengah, coba membandingkannya dengan yang lain.
 Terlalu mengejar kesempurnaan.
 Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
 Kamu juga yang akan menyesal..............

Monday, November 15, 2010

 we start our friendship from 3January until bila bila. ♥♥ so here, for you yang membaca. :)


Cik Farihah guru tingkatan kami,
Mengajar subjek Science tanpa jemu,
Bila waktu Science "alah, kena pegi lab ke?"
Apa pun, kami tetap sayang cikgu.

Izmi Aliff ketua tingkatan kami,
Orangnya tinggi, berkaca mata,
Hanzalah teman di sisi,
Orangnya gila-gila, otak pula brilliant.

Rezkina Emilia penolong tingkatan,
Rajin dan baik menjalankan tugas,
Shaidatina dijadikan teman,
Tangannya kreatif, suka menghias kelas,

Sofiyyah dan Intan berkawan baik,
Dua sekawan yang sukar dipisahkan,
Pergi sekolah bermuka biasa,
Bila bergurau, mesti bergaduh.

Muhaimin, Rahim dan juga Faris,
Muka hensem, perangai gila gila,
Aliff, Kamarol,Hong Jie dan Amin penambah seri,
Melawak dan loyar buruk tabiat mereka.

Hajar dan Izzati sahabat sejati,
Sering bersama ke mana jua,
Dania Hazirah join sekaki,
bergelak tawa hobi mereka.


Farah dan Rosida berkawan baik,
hobi mereka gelak ketawa..
dapat kputusan yang baik,
amat seronok mereka bersama..

Bee Wan dan Puvenesh budak kelas kami,
Budak paling senyap dalam 2B,
Ryan, Soo Nam, Ravindran pula berbeza,
Mulut bising tetapi pandai bergaul.

Bou Ying dan Yee Seong mudah mesra,
Sering berceloteh sepanjang hari,
Suka berborak dengan Dennis dan Jun Kuan,
Chee Seng dan Jian Yong tumpang sekaki.

Lai Mun, Lee See dan Wan Mae berkawan baik,
tiga tiga bermuka comel,
Memang pakar dalam matematik,
Bila exam mesti dapat A.

Mencari idea bukan lah mudah,
Nama yang terkena jangan lah marah,
Di sudut hati ingatan terserlah,
Andalah penawar kalbu yang gundah.

Hari semalam hari terakhir kami,
Mohon maaf guru yang kami sayangi
Hari terakhir di sesi petang,
Terima kasih daun keladi,
Selamat tinggal kami ucapkan.
Byebye :)

-from Sofiyyah-